Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

EPAL MAMPU SUSUTKAN LEMAK TANPA BERDIET

Mengurangkan berat badan semudah 1-2-3!! Assalamualaikum wbt semua. Entry kali ini dak civil ingin menceritakan tentang sebiji epal. Beberapa tahun yang lepas,di Bandar Wenatchee,Washington, Amerika Syarikat, berata badan penduduk di situ mulai susut, bukan disebabkan kurang makan, diet 'terkini' atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil cukup mengejutkan. Seorang wanita susut 19 paun lemak badannya sepanjang 12 minggu. Manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangka masa sama. Keseluruhannya,seramai 346 orang yang mengikuti program tersebut susut lebih 6000 paun lemak dalam masa 12 minggu. Persoalannya, bagaimanakah ia berlaku? Jawapannya hanya dengan memakan tiga biji Washington Apples sehari,di samping program pemakanan dan senaman yang seimbang. PROGRAM '3 EPAL SEHARI' MERUPAKAN SATU KEJAYAAN. Mudah dan ringkasnya,petua saranan program '3 epal sehari' menjadikan program ini cara terbai

SUSU SOYA PENYEBAB KANSER BAGI WANITA??

Berapa ramai di kalangan kita yang menyediakan susu sebagai minuman sarapan seisi keluarga? Memang jarang bukan? Ramai yang menganggap susu hanya minuman untuk bayi dan kanak-kanak. Tetapi sedarkah kita bahawa susu diperlukan seumur hidup? Entry kali ini dak civil akan merungkai betapa pentingnya susu untuk kehidupan seharian kita. Susu diperlukan seumur hidup kerana jisim tulang akan mengalami penurunan dan sentiasa mengalami penurunan dan sentiasa mengalami proses pertumbuhan sehingga kita tua kelak. Jika memang tekak tidak boleh menerimanya,sudah tentu ia tidak boleh dipaksa tetapi anda perlu menggantikannya dengan sumber-sumber tenusu yang lain seperti yogurt ,soya dan keju. 1) Susu Ibu Sebagai individu yang telah berpengalaman bergelar ibu,semua orang tahu bahawa susu ibu adalah terbaik untuk bayi. Jadi,terapkan maklumat ini kepada anak dan menantu anda yang bakal melahirkan bayi. Keistimewaan susu bayi adalah: - Mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.

PETUA MEMILIH WARNA BAJU

Warna baju adalah suatu yang penting dan sentiasa dirisaukan oleh semua orang setiap kali ingin keluar rumah untuk bekerja atau bertemu seseorang. Pakaian mencerminkan keperibadian seseorang. Begitu juga warna baju boleh memanifestasi perasaan si pemakai pada saat-saat tertentu. Oleh itu, pilihlah warna baju yang sesuai ketika membeli pakaian. Entry kali ini dak civil akan merungkai rahsia setiap warna baju anda supaya memudahkan anda memilih baju yang sesuai dengan objektif anda dalam satu hari. 1) HITAM Ini adalah warna paling gelap daripada yang lain untuk pakaian wanita atau baju wanita. Warna ini paling sesuai bagi mereka yang tidak suka kelihatan keterlaluan. Karakter misteri terpancar pada kegelapan warna hitam. Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang elegan. 2) MERAH JAMBU Warna ini memang sesuai dengan kesan feminim. Penampilan lembut dan cukup mewakili perasaan jatuh cinta yang berbunga-bunga. 3) MERAH Ia mencerminkan keberani

PETUA MENJAGA BERAT BADAN

Berat badan adalah suatu perkara yang sering dirisaukan oleh semua orang pada hari ini. Berat badan yang tinggi boleh menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan membuat sesuatu pekerjaan. Cara untuk menghilangkan berat badan tidak lain tidak bukan adalah dengan mengawal pemakanan seharian. Tetapi bagaimanakah ingin menjaga berat badan dari kembali naik semula? Pada hari ini, dak civil akan merungkai tentang bagaimana ingin menjaga berat badan mengikut petua orang-orang tua. Disini disenaraikan beberapa petua untuk menjaga berat badan. Antaranya: 1) Elakkan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, mihun, keow teow, atau mi 2) Elakkan makan makanan yang mempunyai kandungan gula atau garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, sos cili, sos tomato, yogurt manis dan sebarang jeruk. 3) Elakkan makan makanan beku sejuk seperti burger, bebola ikan dan sosej. 4) Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pemb

6 Tips Bisnes Untuk Suri Rumah Yang Menguntungkan !

Menjalankan bisnes dari rumah bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga. Assalamualaikum wbt semua. Entry kali ini dak civil nak kongsikan rahsia untuk berjaya kepada suri rumah yang bosan duduk kat rumah tak tahu buat apa. Haaa.. mesti ada yang bosan setiap hari buat perkara yang sama. Tak basuh baju, basuh pinggan. Tak basuh pinggan, kemas bilik. Tak kemas bilik tengok movie. Itu sahajalah kerja seharian menjadi suri rumah. Persoalannya, apakah langkah seorang suri rumah untuk menjadikan kerja seharian lebih menguntungkan?. Ya! Sudah tentu dengan membuat bisnes sambilan. Tapi apa yang perlu dilakukan supaya bisnes yang dilakukan itu kekal konsisten setiap bulan? Disini dak civil akan menceritakan beberapa perkara yang suri rumah boleh lakukan. 1) Jadi lebih bermotivasi Golongan suri rumah boleh menjalankan perniagaan walaupun mereka sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Para suri rumah dapat memanfaatkan s

Anak Patung Dilarang Dalam Islam?

Assalamualaikum wbt. Kali ini dak civil ingin mengupas suatu perkara yang semakin lama kian diremehkan oleh umat Islam pada hari ini. Ibu ayah yang sering mengikut kehendak anak yang suka akan patung juga perlu mengambil tahu tentang hukum membeli patung. Persoalannya boleh atau tidak? Baca sampai habis ye untuk mengetahui hukum sebenarnya. Selamat membaca. :) Soalan:            " Apakah hukum membeli dan menyimpan anak patung? Lebih-lebih lagi sekarang ini terdapat anak patung yang direka betul-betul seperti bayi yang boleh menangis dan sebagainya (seperti robot)?  " Jawapan:            Para fuqaha telah bersepakat, membuat patung yang berbentuk manusia dan haiwan serta menyimpannya di dalam rumah adalah HARAM . Asasnya ialah sabda Rasulullah SAW: ' Sesungguhnya rumah yang mempunyai gambar, tidak dimasuki oleh malaikat ' (Riwayat Al-Bukhari)             Selain itu, Sayidana Ali K.W.J berkata kepada Abi Al-Hayyaj: ' Aku mengutus engkau sebagaimana R

SAYUR BAYAM MEMBAHAYAKAN?

Assalamualaikum wbt. Harini aku nak kongsikan tajuk yang ada kat atas tu. Haaaa korang mesti tertanya2 kan. Kenapa bayam membahayakan. Kepada peminat sayur bayam. Stay tune di blog dak civil. Pertamanya, sayur bayam ini amat membahayakan kepada mereka yang ada masalah kesihatan berkaitan BUAH PINGGANG dan PUNDI HEMPEDU. Haaa sebab apa? Sebab... bayam ni dia ada sejenis asid oxalic yang boleh menjejaskan mereka yang ada masalah kesihatan seperti berikut. Untuk mereka yang tidak ada masalah kesihatan seperti itu boleh ke makan?.. Untuk yang tiada masalah kesihatan, AMAT BAHAYA jika sayur bayam tidak dijadikan makanan asas. Haaa.. sebab apa?. Sebab bayam ni mempunyai banyak vitamin dan serat yang baik untuk kesihatan. Ha jadi kalau korang tak makan. Bahaya lah untuk kesihatan korang. Jadi perlu makan!. Terdapat 5 sebab kenapa korang perlu makan sayur bayam. 1) FLAVONOID Flavonoid ini adalah suatu antioksidan yang dapat melindungi tubuh kita dari radikal bebas. Selain itu,

5 Cara dapat DEKAN dalam satu semester

Hello. Assalamualaikum kepada semua pembaca blog dak civil. Harini aku nak cerita sikit 'cara untuk dapat dekan dalam satu semester'. Sepertimana yang kita tahu, anugerah dekan adalah satu-satunya anugerah yang paling dikejari oleh pelajar-pelajar seluruh dunia. Gred dekan selalunya dihadkan oleh universiti itu sendiri. Contohnya kalau macam aku, belajar di UiTM, pointer 3.5 telah diberi anugerah dekan. And setiap univerisiti adalah berbeza pointer dekan. Ada yang 3.7 or 3.8 baru dekan. Ianya mengikut universiti masing. Boleh search sendiri lah ye. Sekarang aku belajar dekat UiTM dalam jurusan civil engineering. Dan kini dah semester 4. Alhamdulillah dekan lagi semester ni. Tapi ada yang kata, 'Alaa.. Otak pandai boleh arr dapat dekan' Nope. Korang jangan cakap mcm tu. :( Tahu tak betapa susahnya nak dapat dekan. Aku boleh dikatakan seorang yang kurang bijak juga lah dalam keluarga. Sebab selalu dapat keputusan yang teruk masa sekolah. Perkataan '' gagal