Assalamualaikum wbt. Harini aku nak kongsikan tajuk yang ada kat atas tu. Haaaa korang mesti tertanya2 kan. Kenapa bayam membahayakan. Kepada peminat sayur bayam. Stay tune di blog dak civil.
Pertamanya, sayur bayam ini amat membahayakan kepada mereka yang ada masalah kesihatan berkaitan BUAH PINGGANG dan PUNDI HEMPEDU. Haaa sebab apa? Sebab... bayam ni dia ada sejenis asid oxalic yang boleh menjejaskan mereka yang ada masalah kesihatan seperti berikut.
Untuk mereka yang tidak ada masalah kesihatan seperti itu boleh ke makan?..
Untuk yang tiada masalah kesihatan, AMAT BAHAYA jika sayur bayam tidak dijadikan makanan asas. Haaa.. sebab apa?. Sebab bayam ni mempunyai banyak vitamin dan serat yang baik untuk kesihatan. Ha jadi kalau korang tak makan. Bahaya lah untuk kesihatan korang. Jadi perlu makan!.
Terdapat 5 sebab kenapa korang perlu makan sayur bayam.
1) FLAVONOID
Flavonoid ini adalah suatu antioksidan yang dapat melindungi tubuh kita dari radikal bebas. Selain itu, sayur bayam ini juga dapat MEMUSNAHKAN SEL KANSER tau. Haaa sebab adanya flavonoid ni. Selain itu, flavonoid ini juga dapat bantu kita dari hilang ingatan disebabkan peningkatan usia. Jadi, ini adalah sebab pertama kenapa korang perlu makan sayur bayam.
2)VITAMIN K
Sepertimana yang korang tahu, vitamin K ini adalah baik untuk tulang. If korang makan secawan bayam segar, korang dah dapat 200 keperluan vitamin K harian. Haa hebat ke tak hebat sayur bayam ni.
3)VITAMIN C, A DAN FOLAT.
Antara lain kenapa korang perlu makan bayam adalah kerana sayur bayam mempunyai vitamin C dan A yang sangat tinggi. Vitamin A adalah baik untuk membantu menghalang kolestrol daripada terbentuk di pembuluh darah. Vitamin C pula adalah baik untuk meningkatkan sistem imunisasi kita. Selain itu, sayur bayam juga mempunyai folat iaitu vitamin B. Vitamin B adalah sangat baik untuk kesihatan sistem kardiovaskular kita. Ia juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi.
4) Lutein
Sayur bayam kaya dengan lutein. Apa maksud lutein? Lutein adalah karotenoid yang boleh menjaga kesihatan mata. Ia dapat melindungi mata dari penyakit yang berkaitan dengan peningkatan usia seperti katarak dan kemerosotan makula.
5) TINGGI SERAT
Sayur bayam tidak mengandungi banyak kalori. Haa oleh itu, ianya sesuailah untuk korang yang tengah diet tu. Sayur bayam ini mempunyai serat yang lebih tinggi dari daun salad. Haa jadi silap besar lah korang kalau nak diet makan salad. Haha. Oleh kerana bayam mempunyai serat yang tinggi, ianya sesuai untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Itulah 5 sebab kenapa korang perlu makan sayur bayam. Haa sebab ada banyak faedah yang korang akan dapat jika makan sayur bayam. Yang ada masalah kesihatan tu.. dapatkan nasihat doktor ye.
Jadikanlah sayur bayam sebagai menu harian korang. Sebab bayam ni sihat and senang untuk dimakan.
Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Selamat makan sayur bayam ye ;)
Comments
Post a Comment