Skip to main content

SUSU SOYA PENYEBAB KANSER BAGI WANITA??

Berapa ramai di kalangan kita yang menyediakan susu sebagai minuman sarapan seisi keluarga? Memang jarang bukan?

Ramai yang menganggap susu hanya minuman untuk bayi dan kanak-kanak. Tetapi sedarkah kita bahawa susu diperlukan seumur hidup?

Entry kali ini dak civil akan merungkai betapa pentingnya susu untuk kehidupan seharian kita.
Susu diperlukan seumur hidup kerana jisim tulang akan mengalami penurunan dan sentiasa mengalami penurunan dan sentiasa mengalami proses pertumbuhan sehingga kita tua kelak.
Jika memang tekak tidak boleh menerimanya,sudah tentu ia tidak boleh dipaksa tetapi anda perlu menggantikannya dengan sumber-sumber tenusu yang lain seperti yogurt ,soya dan keju.

1) Susu Ibu

Sebagai individu yang telah berpengalaman bergelar ibu,semua orang tahu bahawa susu ibu adalah terbaik untuk bayi. Jadi,terapkan maklumat ini kepada anak dan menantu anda yang bakal melahirkan bayi.
Keistimewaan susu bayi adalah:
- Mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.
- Kolostrum mengandungi protein tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa.
- Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
- Biarpun ada teknologi moden yang cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu, namun hingga kini kebaikannya sukar ditandingi.
- Susu ibu bebas bakteria dan mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai penyakit.

2) Susu Segar


Bagi sesetengah individu,hemar meminum susu segar hasil ternakan lembu yang diberi makan dan dipelihara secara sempurna.
Keistimewaanya adalah:
- Mengandungi protein untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu seluruh badan.
- Kaya dengan laktosa yang boleh menambah penyerapan kalsium dan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi serta lemak untuk sumber tenaga.
- Susu lembu, kambing, boleh dinikmati begitu sahaja atau dicampurkan ke dalam minuman lain seperti kopi, teh dan koko.

3) Susu Tepung


Jika anda tidak berselera dengan susu segar, anda masih mempunyai pilihan yang lain iaitu susu tepung. Susu jenis ini adalah susu yang kandungan airnya telah dikeluarkan.
Keistimewaanya adalah:
- Di proses daripada susu lembu,kambing atau kacang soya.
- Susu ini tahan lebih lama berbanding susu segar.
- Boleh didapati dalam pelbagai jenis iaitu susu tepung penuh krim,rendah lemak dan berkalsium tinggi.

4) Yogurt atau Dadih

Dadih adalah merupakan produk susu segar. Ia adalah agar-agar susu yang diperoleh dengan menggunakan enzim rennet atau agar-agar,dan mengandungi gula, tepung jagung/susu skim dan bahan perisa yang dibenarkan.

5) Lassi

Minuman ini amat bermanfaat untuk orang dewasa dan kanak-kanak kerana ia mengandungi segala vitamin dan mineral susu serta kaya dengan kalsium. Minuman ini mengandungi kultur hidup seperti lactobacillus dan streptococcus bagi membantu menghadapkan laktosa.

6) Soya

Bahan kimia yang terdapat dalam susu kacang soya mampu menghalang perkembangan hormon estrogen wanita di dalam tisu payudara. Jika estrogen terlalu banyak, risiko penyakit kanser akan lebih mudah berlaku. Justeru, tidak digalakkan mengambil soya dalam kuantiti yang banyak.

Itu sahaja entry kali ini. Mohon follow blog ini sebagai tanda sokongan.
Terima kasih :)



Pelbagai artikel menarik dibawah!!! ⇩⇩⇩⇩

Comments

Popular posts from this blog

5 Cara dapat DEKAN dalam satu semester

Hello. Assalamualaikum kepada semua pembaca blog dak civil. Harini aku nak cerita sikit 'cara untuk dapat dekan dalam satu semester'. Sepertimana yang kita tahu, anugerah dekan adalah satu-satunya anugerah yang paling dikejari oleh pelajar-pelajar seluruh dunia. Gred dekan selalunya dihadkan oleh universiti itu sendiri. Contohnya kalau macam aku, belajar di UiTM, pointer 3.5 telah diberi anugerah dekan. And setiap univerisiti adalah berbeza pointer dekan. Ada yang 3.7 or 3.8 baru dekan. Ianya mengikut universiti masing. Boleh search sendiri lah ye. Sekarang aku belajar dekat UiTM dalam jurusan civil engineering. Dan kini dah semester 4. Alhamdulillah dekan lagi semester ni. Tapi ada yang kata, 'Alaa.. Otak pandai boleh arr dapat dekan' Nope. Korang jangan cakap mcm tu. :( Tahu tak betapa susahnya nak dapat dekan. Aku boleh dikatakan seorang yang kurang bijak juga lah dalam keluarga. Sebab selalu dapat keputusan yang teruk masa sekolah. Perkataan '' gagal

Anak Patung Dilarang Dalam Islam?

Assalamualaikum wbt. Kali ini dak civil ingin mengupas suatu perkara yang semakin lama kian diremehkan oleh umat Islam pada hari ini. Ibu ayah yang sering mengikut kehendak anak yang suka akan patung juga perlu mengambil tahu tentang hukum membeli patung. Persoalannya boleh atau tidak? Baca sampai habis ye untuk mengetahui hukum sebenarnya. Selamat membaca. :) Soalan:            " Apakah hukum membeli dan menyimpan anak patung? Lebih-lebih lagi sekarang ini terdapat anak patung yang direka betul-betul seperti bayi yang boleh menangis dan sebagainya (seperti robot)?  " Jawapan:            Para fuqaha telah bersepakat, membuat patung yang berbentuk manusia dan haiwan serta menyimpannya di dalam rumah adalah HARAM . Asasnya ialah sabda Rasulullah SAW: ' Sesungguhnya rumah yang mempunyai gambar, tidak dimasuki oleh malaikat ' (Riwayat Al-Bukhari)             Selain itu, Sayidana Ali K.W.J berkata kepada Abi Al-Hayyaj: ' Aku mengutus engkau sebagaimana R

Pengalaman first time kene sengat tebuan.. ** :(

      Hai, Assalamualaikum. Rasanya dah lama tak update blog ni. Mungkin lebih kurang dalam sebulan. Sebab aku memang busy gila dengan pelajaran. Presentation, quiz, test, tutorial and so on. Sekarang ni aq nak share satu pengalaman yang boleh dikatakan amat menyakitkan.      Minggu lpas hari isnin, aku telah disengat tebuan tanpa aku sedar yang aq kene sengat.  Hahaha. Yela. First time lah katakan. Ingatkan ulat biasa2 je yang sengat. Rupanya tebuan. Tebuan ni saiz dia sedang2 kecil. Tak macam lebah. Lebah dia besar and bentuk bulat sikit. Cerita dia macam nii...      Pada hari isnin lepas, aq ada kawad kaki untuk batch aq shj. Sebelum memulakan kawad, semua orang kene beratur. Time beratur tu aq dah nampak dah tebuan tu terbang sana sini dengan bahagianya. And aq seorang yang tak takut sangat benda yang terbang2 ni. So aq wat bodoh je lah. Haha. So lepas je beratur, kitorang dibahagikan kepada platoon masing2.       Semasa tgh brkumpul dengan group platoon aq.. time tu lah aq kene