Skip to main content

5 Cara dapat DEKAN dalam satu semester

Hello. Assalamualaikum kepada semua pembaca blog dak civil.

Harini aku nak cerita sikit 'cara untuk dapat dekan dalam satu semester'. Sepertimana yang kita tahu, anugerah dekan adalah satu-satunya anugerah yang paling dikejari oleh pelajar-pelajar seluruh dunia. Gred dekan selalunya dihadkan oleh universiti itu sendiri. Contohnya kalau macam aku, belajar di UiTM, pointer 3.5 telah diberi anugerah dekan. And setiap univerisiti adalah berbeza pointer dekan. Ada yang 3.7 or 3.8 baru dekan. Ianya mengikut universiti masing. Boleh search sendiri lah ye.

Sekarang aku belajar dekat UiTM dalam jurusan civil engineering. Dan kini dah semester 4. Alhamdulillah dekan lagi semester ni. Tapi ada yang kata,
'Alaa.. Otak pandai boleh arr dapat dekan'
Nope.
Korang jangan cakap mcm tu. :( Tahu tak betapa susahnya nak dapat dekan.
Aku boleh dikatakan seorang yang kurang bijak juga lah dalam keluarga. Sebab selalu dapat keputusan yang teruk masa sekolah. Perkataan '' gagal' tu dah biasa dah.
Tapi bila dah masuk UiTM, I change my mindset and cakap pada diri aku, aku akan buktikan bahawa aku boleh berjaya.

Hampir 2 tahun belajar civil engineering. Boleh pecah kepala nak hafal teori. Haha.

Alright2. Kita straight to the point lah eh. Macam mana nak dapat dekan dalam satu semester.

1) UBAH SIKAP KITA YANG SELALU TANGGUH2 KERJA.

Kerja last minit ini adalah satu2 nya sikap yang tak patut ada dalam diri pelajar. Ada yang kata ' aku kerja last minit pun tetap siap juga.' Aipp. Kita kena ingat, banyak kekurangan bila buat kerja last minit. Antaranya kita akan dapat stress, then kerja pun cincai2 je. Yelah, bila dah last minit. Kita hanya mahu kerja itu siap. Tetapi bila kita tengok balik, KUALITI kerja kita itu tiada. Jadi ubahlah sikap anda ye. Kalau ada masa lapang, terus ingat kerja2 yang belum diselesaikan lagi dan terus selesaikan.

2) JANGAN TERLALU PRESSURE DIRI ANDA


Tips yang kedua adalah jangan pressure. Bila otak dah penat, just stop it and pergilah jalan2 ke.. Main game ke and etc. Rehatkan otak. Tapi ada pelajar yang bary belajar 5 minit, then sejam tu rehat. Haa... Tak boleh lah macam tu. Kene disiplinkan diri ye. Kalau macam aku, setiap kali 1 jam study, 15 minit aku rehat. Aku akan main game, jalan2 amik udara segar, borak dengan kawan2, gelak2 and etc. Then sambung study balik. Jangan lebih2 pulak rehat ye. Huhu.

3) CALL MAK AYAH SETIAP HARI

Haa.. Ini adalah cara yang ramai tak tahu apa kesannya. Dalam sehari tu.. Cubalah call mak ayah. Dalam 2 ke 5 minit dah cukup. Untuk tanya khabar dan cerita lah sikit apa yang berlaku pada hari ini. Then minta mak ayah doakan kita sepanjang belajar. Kita memang tak nampak kejayaan itu sekarang, tapi kita akan nampak suatu hari nanti atas berkat ibubapa. Haa masa belajar ni lah kita boleh call mak ayah setiap hari. Masa kerja nanti, aku guarantee korang takde masa nak call dalam sehari and korang lah pandai2 curi masa untuk call.

4) CARI GROUPMATE YANG BUKAN PARASIT.

Parasit ni macam sesorang tu dia hanya menumpang group tu untuk dapatkan kebaikan atau keuntungan. Ha ni kene serius sikit. Sebab kalau macam aku lah kan, pernah jugak dapat member group yang parasit ni. Kerja buat cincai2. Pastu last minit pulak tu. Kadang2 tak buat terus and aku jugak lah yang tak tidur malam buat assignment. Perit dia hanya Allah yang tahu. Nak kata tak pandai. Pandai je. Ish3. Bila nak report dekat pensyarah, rasa kesian pulak. And aku just husnuzon, mungkin dia ada masalah sampai effect assignment. Okay. Takpe. Just move on. Do your best..

5) CARI KAWAN YANG BETUL

Ini adalah cara yang sangat penting. Kawan adalah seorang yang sangat berpengaruh sama ada kita sedar atau tak. Bila kita berkawan dengan orang yang suka berjalan je memanjang, couple, belajar nak tak nak je. Kita akan automatik terikut. Percayalah. In universiti life, korang kena ada kawan untuk berjalan lain, kawan untuk study lain, kawan untuk bersembang lain..  Senang kata macam korang kena pandai cari ramai kawan. Nak senang classmate lah. Classmate ofcourse untuk study. Housemate untuk jalan2. And roomate untuj berborak. Korang pandai2 lah cari ye bila in universiti life. Dekat universiti korang akan belajar banyak berdikari.


Okay itu sahaja perkongsian yang tak berapa nak kongsi.
Perkongsian ni hnya mengikut pengalaman lah ye.
Itu sahaja dari aku. Kalau ada apa2 request nak aku cerita, just bagitahu dekat comment ye. Wish you luck. Semoga usaha untuk dapat dekan tercapai. :)









search description:/ cara dapat dekan anugerah dekan cara nak dapat pointer tinggi cara dapat first class degree tips 4 flat di universiti pointer sem 1 rendah apa itu dekan cara naikkan cgpa 4 flat matrikulasi pointer dean list uitm



Comments

  1. Bang first sem saya comp engineering dapat cgpa 2.85 sbb disiplin kurang wktu belajar online(2021). Apa effect kalau cgpa saya hancur sem satu. Saya dah taubat sem 2 nak serius.. Anyway tq atas perkongsian

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Anak Patung Dilarang Dalam Islam?

Assalamualaikum wbt. Kali ini dak civil ingin mengupas suatu perkara yang semakin lama kian diremehkan oleh umat Islam pada hari ini. Ibu ayah yang sering mengikut kehendak anak yang suka akan patung juga perlu mengambil tahu tentang hukum membeli patung. Persoalannya boleh atau tidak? Baca sampai habis ye untuk mengetahui hukum sebenarnya. Selamat membaca. :) Soalan:            " Apakah hukum membeli dan menyimpan anak patung? Lebih-lebih lagi sekarang ini terdapat anak patung yang direka betul-betul seperti bayi yang boleh menangis dan sebagainya (seperti robot)?  " Jawapan:            Para fuqaha telah bersepakat, membuat patung yang berbentuk manusia dan haiwan serta menyimpannya di dalam rumah adalah HARAM . Asasnya ialah sabda Rasulullah SAW: ' Sesungguhnya rumah yang mempunyai gambar, tidak dimasuki oleh malaikat ' (Riwayat Al-Bukhari)             Selain itu, Sayidana Ali K.W.J berkata kepada Abi Al-Hayyaj: ' Aku mengutus engkau sebagaimana R

Pengalaman first time kene sengat tebuan.. ** :(

      Hai, Assalamualaikum. Rasanya dah lama tak update blog ni. Mungkin lebih kurang dalam sebulan. Sebab aku memang busy gila dengan pelajaran. Presentation, quiz, test, tutorial and so on. Sekarang ni aq nak share satu pengalaman yang boleh dikatakan amat menyakitkan.      Minggu lpas hari isnin, aku telah disengat tebuan tanpa aku sedar yang aq kene sengat.  Hahaha. Yela. First time lah katakan. Ingatkan ulat biasa2 je yang sengat. Rupanya tebuan. Tebuan ni saiz dia sedang2 kecil. Tak macam lebah. Lebah dia besar and bentuk bulat sikit. Cerita dia macam nii...      Pada hari isnin lepas, aq ada kawad kaki untuk batch aq shj. Sebelum memulakan kawad, semua orang kene beratur. Time beratur tu aq dah nampak dah tebuan tu terbang sana sini dengan bahagianya. And aq seorang yang tak takut sangat benda yang terbang2 ni. So aq wat bodoh je lah. Haha. So lepas je beratur, kitorang dibahagikan kepada platoon masing2.       Semasa tgh brkumpul dengan group platoon aq.. time tu lah aq kene