Assalamualaikum wbt. Kali ini dak civil ingin mengupas suatu perkara yang semakin lama kian diremehkan oleh umat Islam pada hari ini. Ibu ayah yang sering mengikut kehendak anak yang suka akan patung juga perlu mengambil tahu tentang hukum membeli patung. Persoalannya boleh atau tidak? Baca sampai habis ye untuk mengetahui hukum sebenarnya. Selamat membaca. :)
Soalan:
"Apakah hukum membeli dan menyimpan anak patung? Lebih-lebih lagi sekarang ini terdapat anak patung yang direka betul-betul seperti bayi yang boleh menangis dan sebagainya (seperti robot)? "
Jawapan:
Para fuqaha telah bersepakat, membuat patung yang berbentuk manusia dan haiwan serta menyimpannya di dalam rumah adalah HARAM. Asasnya ialah sabda Rasulullah SAW:
' Sesungguhnya rumah yang mempunyai gambar, tidak dimasuki oleh malaikat '
(Riwayat Al-Bukhari)
Selain itu, Sayidana Ali K.W.J berkata kepada Abi Al-Hayyaj:
' Aku mengutus engkau sebagaimana Rasulullah SAW pernah mengutusku , iaitu untuk melaksanakan satu misi: jangan biarkan wujud patung-patung kecuali mesti dimusnahkan '
(Riwayat Muslim)
Namun, anak patung yang digunakan sebagai permainan kanak-kanak adalah dikecualikan daripada pengharaman diatas. Sayidatina Aisyah r.a yang dikahwini Rasulullah saw ketika beliau berusia 9 tahun, menceritakan:
'Aku bermain anak-anak patung bersama kanak-kanak perempuan dirumah Nabi saw. Apabila menyedari baginda masuk, mereka menyorok, apabila baginda keluar, mereka keluar bermain denganku'
(Riwayat Abu Daud)
Dalam riwayat lain, Aisyah r.a menceritakan bahawa Rasulullah saw terpandang pelbagai jenis patung mainannya. Diantaranya terdapat seekor kuda yang bersayap. Baginda bertanya, 'Apa yang terdapat di badan kuda itu?' . Lalu Aisyah bekata, 'Tidakkah Rasulullah pernah mendengar bahawa Nabi Sulaiman memiliki kuda yang ada sayap?'. Mendengar jawapan itu, Rasulullah saw tertawa sehingga kelihatan gigi-gigi baginda'.
(Riwayat Abu Daud)
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah saw tidak melarang Aisyah dan kawan-kawannya bermain dengan anak patung. Itu bermaksud, bermain dengan anak patung adalah harus bagi kanak-kanak. Permainan adalah satu cara untuk mengembangkan potensi, bakat serta kemahiran yang ada pada seorang kanak-kanak. Tempat mereka bermain adalah sebuah dunia kecil di mana mereka belajar, berlatih, bergaul dengan teman sebaya. Disitu mereka dapat memahirkan diri mengurus kehidupan, belar berkongsi dan bertolak ansur antara satu sama lain.
Keharusan bermain anak patung ini tidak khusus kepada kanak-kanak perempuan sahaja. Kanak-kanak lelaki juga sama. Namun, patung permainan mereka tentulah berbeza berdasarkan minat dan kecenderungan yang tidak sama antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.
Wallahhualam.
Sumber: Ustazah Maznah Daud ( Majalah Anis)
Search description: /hukum tidur dengan teddy bear

hukum simpan patung anime
hukum mengumpul figura
patung yang haram dalam islam
hukum simpan patung robot
hukum menyimpan anak patung anjing
hukum jual teddy bear
patung teddy bear berhantu
Comments
Post a Comment