Warna baju adalah suatu yang penting dan sentiasa dirisaukan oleh semua orang setiap kali ingin keluar rumah untuk bekerja atau bertemu seseorang.
Pakaian mencerminkan keperibadian seseorang. Begitu juga warna baju boleh memanifestasi perasaan si pemakai pada saat-saat tertentu. Oleh itu, pilihlah warna baju yang sesuai ketika membeli pakaian.
Entry kali ini dak civil akan merungkai rahsia setiap warna baju anda supaya memudahkan anda memilih baju yang sesuai dengan objektif anda dalam satu hari.
1) HITAM
Ini adalah warna paling gelap daripada yang lain untuk pakaian wanita atau baju wanita. Warna ini paling sesuai bagi mereka yang tidak suka kelihatan keterlaluan. Karakter misteri terpancar pada kegelapan warna hitam. Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang elegan.
2) MERAH JAMBU
Warna ini memang sesuai dengan kesan feminim. Penampilan lembut dan cukup mewakili perasaan jatuh cinta yang berbunga-bunga.
3) MERAH
Ia mencerminkan keberanian dan ketegasan.
4) BIRU
Mencerminkan kecerahan. Jika anda menggemari warna biru biasanya anda sukakan ketenangan. Jika anda ingin berasa nyaman dan meningkatkan keyakinan diri, warna biru boleh menjadi pilihan.
5) OREN
Gabungan antara warna kuning dan merah ini mencerminkan bahawa anda gemar perhatian. Apalagi jika dipadukan dengan aksesori wanita yang menarik. Warna cerahnya juga akan menaikkan mood.
6) KUNING
Warna cerah ini melambangkan kecerdasan dan intelektual yang tinggi. Kuning juga sering disamakan dengan warna outdoor. Anda seorang yang optimis, berani dan tahan lasak.
7) PUTIH
Semua orang tahu warna ini melambangkan kesucian dan kebersihan. Putih juga termasuk warna paling aman selain hitam, kerana boleh dipadukan dengan segala warna.
8) HIJAU
Sangat sesuai dengan alam dan segala yang kelihatan natural. Orang yang gemar warna hijau adalah orang yang menyukai alam semula jadi dan pencinta kedamaian.
Jadi, pilihlah baju anda dengan objektif anda. Jika anda ingin melihat anda sebagai orang tegas, bolehlah cuba baju warna merah. Dan banyak lagi warna-warna yang tersenarai di atas.
Itu sahaja daripada dak civil tentang petua memilih warna baju. Follow blog budak civil atas tanda sokongan dan untuk mengetahui pelbagai cerita, ilmu dan pengalaman yang menarik.
Anda juga boleh membaca pelbagai artikel menarik yang lain dibawah👇👇👇
Terima kasih :)
Itu sahaja daripada dak civil tentang petua memilih warna baju. Follow blog budak civil atas tanda sokongan dan untuk mengetahui pelbagai cerita, ilmu dan pengalaman yang menarik.
Anda juga boleh membaca pelbagai artikel menarik yang lain dibawah👇👇👇
Terima kasih :)
Comments
Post a Comment