Mengurangkan berat badan semudah 1-2-3!! Assalamualaikum wbt semua. Entry kali ini dak civil ingin menceritakan tentang sebiji epal. Beberapa tahun yang lepas,di Bandar Wenatchee,Washington, Amerika Syarikat, berata badan penduduk di situ mulai susut, bukan disebabkan kurang makan, diet 'terkini' atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil cukup mengejutkan. Seorang wanita susut 19 paun lemak badannya sepanjang 12 minggu. Manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangka masa sama. Keseluruhannya,seramai 346 orang yang mengikuti program tersebut susut lebih 6000 paun lemak dalam masa 12 minggu. Persoalannya, bagaimanakah ia berlaku? Jawapannya hanya dengan memakan tiga biji Washington Apples sehari,di samping program pemakanan dan senaman yang seimbang. PROGRAM '3 EPAL SEHARI' MERUPAKAN SATU KEJAYAAN. Mudah dan ringkasnya,petua saranan program '3 epal sehari' menjadikan program ini cara terbai
Berapa ramai di kalangan kita yang menyediakan susu sebagai minuman sarapan seisi keluarga? Memang jarang bukan? Ramai yang menganggap susu hanya minuman untuk bayi dan kanak-kanak. Tetapi sedarkah kita bahawa susu diperlukan seumur hidup? Entry kali ini dak civil akan merungkai betapa pentingnya susu untuk kehidupan seharian kita. Susu diperlukan seumur hidup kerana jisim tulang akan mengalami penurunan dan sentiasa mengalami penurunan dan sentiasa mengalami proses pertumbuhan sehingga kita tua kelak. Jika memang tekak tidak boleh menerimanya,sudah tentu ia tidak boleh dipaksa tetapi anda perlu menggantikannya dengan sumber-sumber tenusu yang lain seperti yogurt ,soya dan keju. 1) Susu Ibu Sebagai individu yang telah berpengalaman bergelar ibu,semua orang tahu bahawa susu ibu adalah terbaik untuk bayi. Jadi,terapkan maklumat ini kepada anak dan menantu anda yang bakal melahirkan bayi. Keistimewaan susu bayi adalah: - Mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.