Skip to main content

Pengalaman first time kene sengat tebuan.. ** :(

      Hai, Assalamualaikum. Rasanya dah lama tak update blog ni. Mungkin lebih kurang dalam sebulan. Sebab aku memang busy gila dengan pelajaran. Presentation, quiz, test, tutorial and so on. Sekarang ni aq nak share satu pengalaman yang boleh dikatakan amat menyakitkan.

     Minggu lpas hari isnin, aku telah disengat tebuan tanpa aku sedar yang aq kene sengat.  Hahaha. Yela. First time lah katakan. Ingatkan ulat biasa2 je yang sengat. Rupanya tebuan. Tebuan ni saiz dia sedang2 kecil. Tak macam lebah. Lebah dia besar and bentuk bulat sikit. Cerita dia macam nii...

     Pada hari isnin lepas, aq ada kawad kaki untuk batch aq shj. Sebelum memulakan kawad, semua orang kene beratur. Time beratur tu aq dah nampak dah tebuan tu terbang sana sini dengan bahagianya. And aq seorang yang tak takut sangat benda yang terbang2 ni. So aq wat bodoh je lah. Haha. So lepas je beratur, kitorang dibahagikan kepada platoon masing2.

      Semasa tgh brkumpul dengan group platoon aq.. time tu lah aq kene sengat. Hahah. Macam mana boleh kene sengat?. Hmm. Aq pon tak pasti. Sebelum mulakan kawad, kitorang kene panas kan badan dulu. Warm up dulu and kene lompat bintang. Aq kene sengat masa aq terletak tangan ke belakang and aq x expect pon yang tebuan tu melekat kat belakang tudung aq. So bila letak je tangan kat belakang tudung aq dia terus sengat and terbang dengan bahagianya.

       Mula mula rasa memang satu badan kene sangat. Tapi yang kene sengat kat tangan je. Sakit tu mmg sakit. So aq ni jenis yang kuat tahan sakit. Disebabkan aq tak tahu yang tu tebuan yang sengat, so aq biarkan je lah. After 5 minit, tangan aq dah mula start bengkak and dah macam biru2 sikit. Hahaha. Pastu aq tanya kawan aq. Kenapa dengan tangan aq. Pastu dia tengok. Dia tanya aq. ' Hang ada kene sengat dengan apa2 ke?'. So aku pon kata 'ada'. 'Tapi aku x pasti yang tu tebuan or lebah or ulat lain'. Pastu dia pon terkejut. Pastu dia suruh aq cepat bgi tahu konander. Komander tu lelaki. So aq agak kekok dengan dia. Sebb aq x biasa dengan lelaki.

        Pastu abg komander tu kata kene bwak gi unit kesihatan ni. Pastu dengan keadaan aq tahan sakit, dlam hati aq merungut, ' takkan xde sape nak teman?? X kan aq ngan abg komander ni je?.' Hahaha. Pastu mungkin abg komander tu tahu perasaan aq. So dia panggil akk komander yang tgh bertugas kat sbelah group platoon aq. Sbelah2 pon jauh lah jugak. Dalam 100 meter, dia panggil akk komander tu and dia cepat bawak aq gi unit kesihatan.

         Perjalanan nak ke unit kesihatan dalam 300 meter. Jauh tu jauhlah jugak. Dengan keadaan aq yang kene tahan sakit and ditambahkan dengan pening lagi. Fuhhh. Mmg gila ah. Akk komander tu pon tnya aq bnyak kali dlm perjalanan tu. 'Okay ke tak?' . Pastu aq kata okay je boleh tahan lagi. Masa tu tangan aq dah start bengkak and lebam kebiruan. Aq pon apa lagi.. mmg pucat lah. Sbb aq tak pernah kene mcm ni.  Akk komander dengan pkai bju uniform kawad yang smart gila tu pon risau.

         Time perjalann ke unit kesihatan tu macam aq ada buat kesilapan pulak. Hahahaa. Yelah. Dengan diiringi akk komander yang mcm polis tu. Pastu semua group platoon tgok je aq. Haha. Dah smpai unit kesihatan, doktor akan tanya ada allergic apa2 x?. Kalau xde allergic, mungkin x lah truks sngt. Lpas tu dr. ckp ni kene inject sikit sbb takut kene penyakit kancing gigi. As you all know tebuan ni dtgnya dari tanah. And bila dia sengat tu, takut dia bawak kuman smpai menyebabkan kancing gigi. Tapi penyakit ni bukan terus dtg masa kene sengat. Tak. Tapi dia memerlukan masa yang lama untuk kesan penyakit tu selepas kene sengat. Dr. kata kalau tak kene inject.. nnti hang tersenyum je lah dengan penyakit kancing gigi tu.

          So kalau korang yang kene sengat tebuan tu.. cepat2 lah pergi klinik yang terdekat. Tapi korang kene brsiap sedia lah kene injection yang tidak dirancang. Hahaha. Selalunya kat skolah ckgu bgi tahu kalau ada kene inject ke apa sehari or dua hari sebelum kene inject. So boleh lah siap sedia untuk kene inject. Tpi bila kene sengat tebuan ni. Dr. labelkan sbagai injection yg tidak di duga. Hahaha. Sabor je lah.

           And this is my story untuk minggu ni. Kalau korang yang first time kene gigit tu. X bahaya pon kalau kene sengat .. tu pon kalau korang xde allergic. Kalau ada allergic ubat apa2.. mungkin akan bengkak satu badan. Oleh itu. Jangan lah pandang remeh je kalau kene sengat tebuan ni. Terus lah pergi klinik kalau dah kene sengat. Pling lama pon 2 jam lpas kene sengat. Lebih dri dua jam bru nk gi klinik tu dah dianggap kritikal sbb takut kuman or racun tebuan tu bercampur dengan darah. So goodluck to all pembaca. Dengar cerita sengatan tebuan ni boleh menyebabkan kematian. So hati2 lah ye. Kalau nmpak tebuan dri jauh tu cepat2 lah lari. Hahah.

.
.
.
Dah lah. Terpanjang plak cerita. Ada masa kita jumpa lagi. Terima kasih kpd akk komander yang sanggup tunggu smpai aq habis dirawat. Huhu. Ok bye.😄

       

Comments

Popular posts from this blog

5 Cara dapat DEKAN dalam satu semester

Hello. Assalamualaikum kepada semua pembaca blog dak civil. Harini aku nak cerita sikit 'cara untuk dapat dekan dalam satu semester'. Sepertimana yang kita tahu, anugerah dekan adalah satu-satunya anugerah yang paling dikejari oleh pelajar-pelajar seluruh dunia. Gred dekan selalunya dihadkan oleh universiti itu sendiri. Contohnya kalau macam aku, belajar di UiTM, pointer 3.5 telah diberi anugerah dekan. And setiap univerisiti adalah berbeza pointer dekan. Ada yang 3.7 or 3.8 baru dekan. Ianya mengikut universiti masing. Boleh search sendiri lah ye. Sekarang aku belajar dekat UiTM dalam jurusan civil engineering. Dan kini dah semester 4. Alhamdulillah dekan lagi semester ni. Tapi ada yang kata, 'Alaa.. Otak pandai boleh arr dapat dekan' Nope. Korang jangan cakap mcm tu. :( Tahu tak betapa susahnya nak dapat dekan. Aku boleh dikatakan seorang yang kurang bijak juga lah dalam keluarga. Sebab selalu dapat keputusan yang teruk masa sekolah. Perkataan '' gagal

Anak Patung Dilarang Dalam Islam?

Assalamualaikum wbt. Kali ini dak civil ingin mengupas suatu perkara yang semakin lama kian diremehkan oleh umat Islam pada hari ini. Ibu ayah yang sering mengikut kehendak anak yang suka akan patung juga perlu mengambil tahu tentang hukum membeli patung. Persoalannya boleh atau tidak? Baca sampai habis ye untuk mengetahui hukum sebenarnya. Selamat membaca. :) Soalan:            " Apakah hukum membeli dan menyimpan anak patung? Lebih-lebih lagi sekarang ini terdapat anak patung yang direka betul-betul seperti bayi yang boleh menangis dan sebagainya (seperti robot)?  " Jawapan:            Para fuqaha telah bersepakat, membuat patung yang berbentuk manusia dan haiwan serta menyimpannya di dalam rumah adalah HARAM . Asasnya ialah sabda Rasulullah SAW: ' Sesungguhnya rumah yang mempunyai gambar, tidak dimasuki oleh malaikat ' (Riwayat Al-Bukhari)             Selain itu, Sayidana Ali K.W.J berkata kepada Abi Al-Hayyaj: ' Aku mengutus engkau sebagaimana R